Friday, April 5, 2013
23 RESEPI IKAN PATIN
23 RESEPI IKAN PATIN
SUMBER : UNCLE GOOGLE
1. Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
(a) 4 ketul ikan patin. (b) Bahan kisar - 3 ulas bawang
merah, 15 biji cili api (ikut suka), tempoyak 3 sudu dan air setangah cawan.
(c) serai 2 batang dititik (d) gula (bergantung pada rasa tempoyak. Jika
terlalu letak la gula). (e) Garam secukup rasa (f)
Cara-cara
1. Ikan patin di gaulkan dengan garam dan kunyit. 2.
Masukkan kedalam periuk ikan patin dan bahan (b) dan (c). Gaul sehingga sebati.
Perap dalam 5 minit.(Belum diletak diatas dapur gas). 3. Letak periuk atas api
(api kecil) sehingga ikan patin separuh masak. 4. Masukkan air 2 cawan dan
besarkan api. Tunggu hingga mendidih. 5. Masukkan garam, kunyit dan gula (jika
perlu). 6. Sedia untuk dihidang.
2.SINGGANG PEDAS IKAN PATIN
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 ekor ikan patin yang sederhana 7 ulas bawang putih 1/2
inci kunyit hidup 5 sudu besar cili giling 3 biji cili api 3 batang serai 4
keping asam gelugur (blh ditambah atau dikurangkan mengikut selera) 2 biji
tomato 1 inci lengkuas air 8 gelas (mengikut saiz ikan )
Cara-cara
Bersihkan ikan patin dan dibasuh dengan sedikit tepung
gandum. Tumbuk kunyit hidup dan cili api. Potong lengkuas nipis-nipis, bawang
putih dimayang halus, serai diketuk, tomato dipotong empat, Panaskan air-
masukkan kunyit + cili api+cili giling+asam gelugur +bawang putih + garam-
biarkan mengelagak dan sebati rempah ratus. Masukkan daun kesum+serai + ikan-
biarkan ikan masak tetapi usah terlalu lama sangat Masukkan tomato- biarkan
seketika Rasa garam sekali lagi.... Kemudian....." Abang, makanan dah siap
jom makan...)"
3. RESEPI ASAM PEDAS IKAN PATIN.
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin yang telah dipotong dan bersihkan dengan
asam keping
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 btg serai dititik
Daun kesum
1 bunga kantan dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
15 tangkai cili kering dikisar
Air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sedikit belacan (ikut suka)
Boleh tambah sayuran seperti bendi dan terung panjang
Cara-cara
Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia.
Tumis bawang, serai dan cili kering yang telah dikiasr tadi
hingga naik bau.
Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar
mendidih.
Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan
masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar
mendidih.
Masukkan ikan, garam, gula dan belacan jika suka,biar
sehingga ikan masak, siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Selamat mencuba!
4.Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
Bahan :
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan - belah 4
Sedikit daun kesum
1 asam keping
Garam
Cara :
Tumbuk cili padi dan kunyit.
Masukkan air secukupnya, tempoyak dan masak bersama bahan
tumbuk. Masukkan juga bunga kantan.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan lama sangat
sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam
keping.
5. Sambal Patin Goreng
Bahan :
ikan patin - dipotong2
cili kisar - ikut kepedasan
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 labu bawang besar - dikisar
sedikit ikan bilis - dikisar
1 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
minyak untuk menumis
Cara memasak :
Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @
jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci
bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur
sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.
Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan
bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau
sebati.
Masak hingga sambal kering, garing dan pecah minyak dengan
api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
Bila sambal dah kering garing dan pecah minyak, masukkan
patin yang telah digoreng tadi, sebatikan , tutup api dan boleh dihidangkan.
6. Asam Pedas Patin Goreng.
Bahan :
1 ekor ikan patin
bendi dikerat hujungnya sedikit jerk
air asam jawa ikut masam
Garam dan sedikit gula
1/2 kiub ikan bilis
cili kisar ikut pedas
3 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
sedikit daun kesom
1 batang serai - dititik
6 biji bawang merah - dikisar halus
1 ulas bawang putih - dikisar halus
1/4 inci kunyit hidup -dikisar halus
sedikit ikan bilis - dikisar halus
1/4 inci belacan - dikisar halus
Cara Memasak :
Patin dipotong, dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @
jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci
bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan patin dengan sedikit garam dam kunyit dan tabur
sedikit tepung, sebatikan dan goreng garing, angkat dan toskan, ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan
serai yang dititik hingga wangi, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
dengan api kecil yerk. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
Masukkan tomato, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga
kantan dan daun kesom. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya
dan sedikit gula serta kiub ikan bilis secukup rasa. Biarkan seketika dan
masukkan patin yang telah digoreng tadi dan bendi, Kacau perlahan2 yerk supaya
patin tak hancur dan biarkan mendidih dan bendi dah 1/2 masak, boleh matikan
api. Hidangkan bersama nasi putih.
7. MASAK LEMAK CILI API.
Bahan-bahan ( 1 family )
5 potong ikan patin
segenggam cili api
1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
2 inci kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
garam
Cara-cara
bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk
buang hanyir lebih kurang 15 minit.
tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta
santan ke dalam periuk.
masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu
untuk elak santan pecah.
Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi
dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak
utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah
tercerai.
Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan
dengan garam.Sedia dihidang.
8. Ikan Patin Goreng Berempah.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong ikut
citarasa
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan
minyak
Bahan kisar untuk memerap:
2 biji cili merah
5 batang serai
3cm halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu bteh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa,
garam dan kunyit selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidangkan.
9. Ikan Patin Masak Kukus.
Bahan-Bahan:
1.Ikan Patin.Paling sedap kalau ikan patin yg segar di beli
di tepi sungai Pahang.Ikan ini gaulkan sedikit dengan garam .
2.Hiris Halia, Bawang Putih, Bawang Merah dan Cili
Api.Banyak mana?Bergantung pada anda ye.kalau suka halia lebihkan aje.
3. Bawang Merah yang di hiris tadi hendaklah di
goreng.Maksudnya kita buat bawang gorengla.Pastikan tidak hangit sbb jika
hangit ia akan hilangkan rasa manis ikan tu nanti.Jadi kena goreng api perlahan
.Setelah masak bawang tadi terus masukkan ke atas ikan tadi.
4.Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan lain di atas ikan
patin.Perahkan sedikit asam limau.Tapi kat sini asam jawa yg di bubuh sbb xde
asam limau.(boleh juga sebagai peganti tetapi jangan banyak).Masukkan sedikit
kicap masin.(kalau tidak mahu masukkan pun tidak apa tp pastikan garam yang
diperap dengan ikan cukupla)-))
5.Itu sahaja dan letakkan di dalam kukus selama kira-kira 30
minit.
10.Ikan Patin Masak Asam
bahan2nya:
seekor ikan patin - dipotong2.
6 biji bawang merah - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
3 biji buah keras - dikisar
15 tangkai cili kering - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 helai daun kunyit - dihiris rampai
2 kuntum bunga kantan - dihiris nipis
2 keping asam gelugur
1 sudu makan air gula melaka (rebus siap2 nk guna dh
senang..;))
garam secukup rasa.
cara2nya:
- bersihkan ikan.
- masukkan ke dalam kuali bahan2 kisar,renihkan
sekejap,kacau2kan..
- masukkan daun kunyit,bunga kantan,asam gelugur,air gula
melaka,garam dan juga ikan.
- masak dgn api yg sederhana perlahan sehingga kuahnya agak
kering.
- kemudian bolehlah di dihidangkan bersama nasi putih dan
lauk pauk yg lain.
11.Ikan Patin Goreng Berlada.
Bahan - bahan :
1 ekor ikan patin ( potong 5 ) , digoreng bersama garam dan
kunyit. ( ketepikan )
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 tangkai lada hijau*
1tangkai lada merah*
15 biji cili padi*
1 biji tomato ( belah 4 )
1 biji bawang besar ( belah 4 )
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
p/s : bahan yang bertanda
* di blend hancur.
Cara - cara :
1. panaskan minyak,tumis bahan yang diblend hingga pecah
minyak.
2. masukkan air asam jawa, bila dah mendidih masukkan bawang
besar dan tomato.garam dan gula.
3. masak sehingga sebati semua rasa...tuangkan atas ikan
patin goreng tadi.
12. Ikan Patin Goreng Bawang Putih
Bahan dan cara membuatnya:
Satu labu bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam
sehingga lumat. Lumurkan pada ikan dengan sedikit kunyit. Kemudian, goreng.
Bila warna bawang sudah keperangan seperti di dalam gambar, cepat2 angkat
bawang dahulu. Kemudian, teruskan menggoreng ikan seperti biasa sehingga ikan
masak.
13. Ikan Patin Asam Tempoyak
Bahan-bahan:
Seekor ikan patin (sederhana besar, dibersihkan dan
dipotong)
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak
3 keping asam keping
sekuntum bunga kantan
2 ikan daun kesum
Air secukupnya sebagai kuah
Cara membuatnya:
- Bawang merah dan cili padi dirumbuk hingga lumat
- Masukkan air dalam periuk, dan rebuskan hasil tumbuk tadi
sehingga naik bau.
- Masukkan tempoyak, bunga kantan, daun kesum dan asam
keping. Biarkan ia mendidih
- Masukkan ikan, dan biarkan ia mendidih lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula.
14. IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS
MELAKA.
BAHAN BAHANNYA
Seekor ikan patin
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar belacan
5 sudu makan cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
Sedikit kunyit hidup
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit halba (5 biji je dah cukup)
Garam secukupnya
Sedikit daun keson
1 bunga kantan dibelah 4
Kacang bendi secukupnya
CARA MEMBUATNYA
Mula2 kisarkan bersama2 bawang merah, bawang putih, halia,
kunyit hidup dan belacan sehingga lumat semuanya
Panaskan minyak dan tumiskan halba sehingga wangi baunya
Masukkan bawang2 kisar tadi diikuti cili kering kisar dan
kacau2kan selalu
Bila dah agak garing cilinya tu masukkan kerisik dan masak
atas api perlahan je
Masukkan daun kesom dan bunga kantan dan kacau2kan lagi
Tunggu sebentar baru masukkan air asam jawa dan tambahkan
air masak secukupnya ikut kesesuaian, jangan terlalu cair kuahnya nanti tak
sedap rasanya
Bila air tu dah mendidih masukkan ikan patin dan garam
secukup rasa
Masukkan juga kacang bendi pula dan tunggu hingga ikan
betul2 masak, baru ditutup apinya dan sedia untuk dimakan.
15. IKAN PATIN GARING TOMATO.
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin (dipotong ke beberapa bahagian)
3 biji buah tomato (dibelah 4 setiap satunya)
2 biji cili merah dipotong memanjang
1 labu bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
1 sudu teh gula
Sedikit garam & serbuk kunyit (utk lumur pd ikan)
CARA MEMBUATNYA
Goreng ikan seperti biasa sehingga betul2 garing. Angkat
& ketepikan dahulu
Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bahan2 yg
dihiris seperti bawang besar, bawang putih & halia sehingga agak layu
Masukkan cili kering kisar dan kacau2kan diikuti dengan sos
cili, sos tiram & sos ikan, kacau biar sebati
Tambahkan sedikit gula dan masukkan buah tomato & cili
merah, masak sehingga tomato agak hancur
Terakhir masukkan ikan patin goreng dan gaulkan biar betul2
sebati dengan sos nya sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
16. IKAN PATIN SOS LADA HITAM.
~bahan-bahan~
1 ekor ikan patin
5 sudu jus limau nipis
~~bahan-bahan kisar~~
4 tangkai cili kering
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
i inci halia
~bahan-bahan lain~
1 sudu mkn kicap masin
1 sudu mkn kicap manis
4 sudu mkn sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam- ditumbuk kasar
garam
gula
air
~~cara-cara~~
perap ikan dgn jus limau nipis selama 20 minit...
bersihkan ikan dan goreng ikan hingga kuning keemasan...
panaskan minyak, masukkn bahan2 kisar..msk hingga garing or
pecah minyak..
masukkn sos lada hitam, lada hitam yg ditumbuk kasar, kicap
masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa..
masukkan sedikit air dan biarkn didih seketika...
setelah pekat..angkat dan tuangkan sos lada hitam ke atas
ikan..sedia untuk dihidangkan.....
17. IKAN PATIN STIM.
~~bahan-bahan~~
1 ekor ikan Patin
1 biji bwg holand - dihiris
3 biji bwg putih- dihiris
2.5cm halia- dihiris
2 sudu mkn kicap cair
2 sudu mkn sos ikan
2 sudu mkn sos tiram
1 sudu mkn minyak bijan
cili padi @ cili merah- dihiris
1 biji tomato - dihiris
sedikit serbuk lada hitam
daun bwg
garam
sedikit air
* jika suka boleh juga tambahkn sedikit perahan air limau
nipis
~~cara-cara~~
satukan ikan patin , bwg besar , bwg putih dan halia didlm
periuk kukus
kemudian masukkan kicap cair, sos ikan, sos tiram, minyak
bijan, serbuk lada hitam, cili padi @ cili merah, sedikit garam dan sedikit air
kukus selama 20 minit atau sehingga ikan msk
setelah ikan masak...angkat dan taburkan daun bwg dan tomato
sedia utk dihidangkan.....
18. Patin Bakar
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
2 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
3 batang serai
30 gm udang kering
4 cm kunyit hidup
3 helai daun kunyit
Daun pisang atau foil aluminium
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan.
2. Kisar semua bahan dan lumurkan ke keseluruhan ikan patin.
3. Balut ikan dengan daun kunyit, diikuti daun pisang atau
foil. Ikat kemas.
4. Bakar di atas api yang sederhana.
5. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.
19.Ikan Patin Sos Plum.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Patin - sederhana besar
1 keping nenas - dadu
1 labu bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit hirisan halia
Tepung beras secukupnya
1 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Perap:
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan Perasa:
2 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos tomato
1 gelas air
1 sudu besar sos cili
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan dan keluarkan tulang besarnya. Kelar isi
ikan dan perap dengan bahan-bahan perap 15 minit.
2. Celupkan isi ikan ke dalam putih telur, golek dalam
tepung beras dan goreng hingga kuning. Ketepikan.
3. Pijarkan dua sudu besar minyak dan tumiskan bawang besar,
bawang putih dan halia hingga kuning. Campurkan bahan perasa dan kacau hingga
mendidih, tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng ikan.
20.KARI IKAN PATIN.
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
2 keping ikan patin
1 cawan santan pekat
1 kiub rempah kari ikan
1/4 cawan air asam jawa pekat
kunyit
bahan kisar:
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
4 biji cili kering
garam
Cara-cara
Masukkan ikan bersama rempah kari, air asam jawa dan bahan
kisar ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
Apabila air hampir kering, masukkan santan dan perasakan
dengan garam. Besarkan api dan masak hingga mendidih.
Sedia untuk dihidangkan..sesuai dimakan dengan lauk
sampingan seperti telur masin dan juga acar mentah.
21.SAMBAL PATIN GORENG.
Bahan:
2 ekor ikan patin.. potong kecil.. goreng garing
5 ulas bawamg merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji tomato*
segenggam cili api merah*
sedikit belacan*
air asam jawa
garam & aji
2 helai daun limau purut dihiris halus..
Cara:
Tumbuk semua bahan bertanda (*).. tumiskan hingga
kekuningan..
masukkan air asam jawa.. garam dan aji secukup rasa..
masukkan pula daun limau purut.. tutup api..
masukkan ikan.. gaul rata dengan sambal..
sedia untuk dihidang..
22. Resepi Ikan Patin Tiga Rasa .
Bahan-bahan:
1 ekor ikan Patin.
3 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
40 gm cili kering }
1 batang serai – diketuk
10 biji cili padi – diketuk
2 sm halia – dihiris halus
3 helai daun limau purut
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu air limau nipis
1 cawan tepung jagung
Garam dan gula
Minyak
Cara-cara membuat :
Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan
tersebut hingga garing. Angkat dan hidangkannya di atas pinggan.
Cara-cara membuat sos:
Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halia hingga naik
baunya. Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos cili, sos tiram dan air
limau. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam dan gula
secukup rasa. Kemudian tunggu hingga ia mendidih. Akhir sekali curahkan sos
yang sudah masak ke atas ikan yang telah siap dihidangkan tadi.
23. IKAN PATIN ALA THAI
Bahan-bahan :
Ikan patin - bersihkan
Bahan kisar :
Serai
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Bawang merah
Daun limau purut - potong halus
Santan pekat - saya gantikan dengan susu cair
Garam
Air
Buat begini :
Tumis semua bahan kisar hingga naik bau
Masukkan sedikit air dan ikan. Biar ikan masak sedikit TAPI
jangan di alih-alih selalu ikan ni sebab ikan patin cepat hancur isinya
Masukkan susu cair, garam dan daun limau
Biar hingga kuah masak dan pekat sedikit.
SELAMAT MENCUBA……………
“Suami-isteri perlu saling
masak-memasak.Jika hari Isnin isteri memasak,esoknya pula suami memasak atau
pun suami-isteri bantu-membantu di dapur .Ia akan mengeratkan hubungan dan kasih sayang”
Thursday, April 4, 2013
Selamat datang..............Jom singgah!
Pelbagai jenis ikan dan daging segar dijual di Tanjong Minyak Melaka
IKAN PATIN SANGKAR,IKAN KELI DAN IKAN TALAPIA
DAGING LEMBU SEGAR
Waktu perniagaan : 10 pagi - 10 malam
AKAN DIBUKA!
Subscribe to:
Posts (Atom)